Zephyrnet Logo

Next.e.GO Mobile SE, pengeluar BEV Jerman mengumumkan sebuah kilang mikro baharu di Bulgaria

Date:

Dalam suatu majlis awam di Kementerian Ekonomi Bulgaria yang berada di bawah kepemimpinan Menteri Kiril Petkov, pihak-pihak berkenaan telah menandatangani perjanjian tentang Next.e.GO Mobile Bulgaria AD akan membina sebuah kilang mikro inovatif dan terhubung sepenuhnya di Lovech. Dengan kapasiti hingga 30,000 kenderaan setahun, pengeluaran dijadualkan akan bermula pada suku pertama tahun 2024. Kilang ini disasarkan untuk mewujudkan hingga 1,000 peluang pekerjaan baharu di rantau ini. Kemudahan baharu ini akan menjadi kembar fizikal siber bagi kilang asal Industri 4.0 di Aachen, Jerman – kilang mikro terhubung sepenuhnya yang pertama seumpamanya dalam industri BEV – memanfaatkan seni bina dan automasi canggih Internet Pengeluaran.

“Perjanjian strategik ini merupakan satu lagi kejayaan utama dalam pertumbuhan tidak berpusat Next.e.GO Mobile yang memanfaatkan kilang mikro inovatif dan seni bina produk kami dalam mengubah mobiliti bandar global. Teknologi, pengeluaran unik dan keseluruhan ekosistem yang kami cipta ini telah membezakan kami serta memperluas sumbangan ekologi dan ekonomi kami jauh melangkaui kilang kami ke negara-negara dan komuniti tempatan”, kata Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengarah Next e.GO Mobile SE. “Kami amat gembira dapat mengembangkan jejak kami ke Bulgaria – sebuah negara yang mempunyai modal manusia yang luar biasa, wilayah yang berdaya saing serta kluster teknologi dan industri yang amat maju.”  

Next.e.GO sedang mempercepat peralihan kepada mobiliti bandar pelepasan sifar karbon dengan menghasilkan salah satu BEV bandar yang dibina khas untuk tujuan tersebut dan paling lestari. Ia direka untuk menggabungkan ciri-ciri harga berpatutan dengan ketahanan yang lebih baik, jumlah kos pemilikan yang ultra rendah dengan kelestarian kitaran hayat yang tiada tandingan. Gabungan ciri-ciri tersebut menjadikannya suatu pengalaman memandu yang menarik tidak seperti BEV bandar yang lain.

Ditubuhkan di Jerman serta memanfaatkan pengetahuan kejuruteraan dan pengeluaran bersepadu yang mendalam yang dikenali sebagai Internet Pengeluaran melalui kilang mikro dengan perbelanjaan modal yang rendah dan terhubung sepenuhnya yang fleksibel, Next.e.GO Mobile telah berjaya mencapai rancangan pengembangan globalnya. Selain daripada kilang yang sedang beroperasi di Jerman dan kemudahan yang dirancang di Bulgaria itu, syarikat tersebut telah mengumumkan terlebih dahulu tentang hasrat untuk mempunyai kilang mikro siber fizikal yang sama di Greece dan Mexico. Model e.GO Life Next sudah tersedia dan sedang dijual di Jerman. Syarikat tersebut merancang untuk memperkenalkan model e.GO Life generasi seterusnya dan terbitannya termasuk e.GO Life Cross pada tahun 2022.

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/1574355/eGO_digital_micro_factory_in_Aachen.jpg 

SOURCE Next.e.GO Mobile SE

PlatoAi. Web3 Reimagined. Data Intelligence Amplified.
Click here to access.

Source: https://www.prnewswire.com:443/news-releases/next-e-go-mobile-se-pengeluar-bev-jerman-mengumumkan-sebuah-kilang-mikro-baharu-di-bulgaria-898726339.html

spot_img

Home

Home

Latest Intelligence

spot_img

Chat with us

Hi there! How can I help you?